PROGRAM REALITI; MAHARAJALAWAK. Jauh Dari Cinta mengisahkan Nysa dan Farish merupakan. Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita. Home » Program Realiti » Bintang Mencari Bintang, program realiti terbaru TV3. Program realiti terbaru . Cinta Gila Sinopsis : Cerekarama. Mencari Cinta Program Yang Mencari Kecewa Lelaki. Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi Fantasia, Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata- mata. ![]() Rakyat Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata- mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada pembangunan akhlak. Jauh sekali mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat. Saya mengatakan di sini ialah lelaki- lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada mengejar sesuatu yang tak pasti dan seolah- olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri- ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran itu sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan golongan lelaki dalam mencari jodoh. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas menandingi satu sama lain semata- mata memikat gadis yang dikenali dalam televisyen semata- mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata- mata mencari suami semata- mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini. Bandingkan pula dengan program-program realiti bercorak kemasyarakatan. Cinta itu tidak akan disiarkan menerusi TV3. Take Me Out yang memberi peluang kepada 30 gadis bujang mencari cinta. Qari Junior 2 di TV3 2013, Rancangan Realiti Televisyen. TV3 telah mengadakan satu program realiti melibatkan Qariah-qariah. Cinta itu bukannya harus. Bintang Mencari Bintang' Program Realiti. Program terbaharu terbitan TV3 berjudul Bintang. Apa pendapat anda tentang program realiti tv yang semakin banyak di televisyen di Malaysia sekarang. I am not at the liberty to comment or discuss any matters pertaining the reality tv series “Mencari Cinta” aired on TV3. Peserta Program Mencari Cinta Tv3 downloads at Ebookinga.com. Mencari Cinta TV3 Mentor TV3 Who Will. Daripada program realiti yang telah didominasi oleh TV3. Memang apa yang kita nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak komen peserta tu dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai- ramai adik- beradik dia tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang. Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan tersebut atau pihak penganjur program realiti ini. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam- macam sehinggakan si peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu juga kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang singkat saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! Orang ni peramah, orang tu sopan dan macam- macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal keluarga, fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan ke kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat cabutan macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak wanita. Saya nak tanya kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka. Buat apa undi sedangkan tidak ada faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung. Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana- mana lelaki dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang sebenar. Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak berkahwin sampai mencecah umur 4. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki mencari satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu. Hanya mereka yang mengalami semua ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana- mana wanita sekali pun sehingga dibuang begitu saja tanpa adanya kebaikan tertentu. Yang nyata keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak secara terang- terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah pastinya lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita- wanita kat luar juga t! Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki ini ditolok. Kalau dah ditolok sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum keluarga . Jika ada pun wanita- wanita kat luar meminati lelaki ini juga sudah pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton memuja Mawi, Zahid, Jaqline Victor dan sebagainya atas dasar penilainya dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari realiti keburukan. Jadi dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti mereka tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk mencari jodoh dan bercinta dengan mana- mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa kecewa dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda bila anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras Wahida. Jauh sekali wanita itu dari kalangan keraba diraja atau golongan hartawan. Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insan yang bernama Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah . Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat ini tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang perlu penonton tahu. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah seorang wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal. Jika program ini menyediakan 1. Waktu siaran pula adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah jam. Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan tak memberi faedah langsung kepada semua penonton. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih sayang yang sebenar. Yang pasti rancangan yang dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang dan keinsafan daripada kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah haluan hidup yang tak pasti. Wiramanja Official Blog: LEDAKAN REALITI TV: SATU PEMIKIRANDunia hiburan masakini bergerak pantas menuju matlamat saingan hebat dalam segala- galanya. Dunia hiburan mencakupi seluruh aspek media, sama ada media cetak mahupun elektronik. Media cetak dan media elektronik bergerak sejajar dengan cara tersendiri tetapi mempunyai fungsi tersendiri terhadap audiens. Audiens cepat terpengaruh pada dua gugusan media ini berdasarkan impak daripada sasaran sebarannya. Setiap sebaran maklumat bagi kedua gugusan media ini mempunyai agenda tersendiri iaitu menguatkan organisasi berlandaskan pengurusan komersial. Bidang penyiaran televisyen sebagai contoh mempunyai tarikan istimewa mendedah pelbagai maklumat, hiburan dan komersial. Bagi tujuan memikat hati audiens stesen tv terbabit mengadakan rancangan berbentuk dwifungsi iaitu hiburan dan komersial. Hiburan dan komersial adalah dua gadingan istilah ideal untuk memperkata mengenai persembahan tv zaman ini. Badan penyiaran tv tidak boleh bergerak sendiri tanpa adanya sokongan komersial untuk mengukuhkan empayar. Sebuah stesen tv swasta waimah stesen kerajaan tidak dapat beroperasi tanpa sokongan kewangan yang kukuh. Didapati banyak rancangan tv masakini lebih condong menerbitkan siri quiz yang membabitkan para remaja supaya mendorong mereka memilih siaran tersebut. Pada dasarnya quiz show atau juga disebut game show dicorakkan dalam persembahan tv bertujuan menguji ingatan minda, pengetahuan, ketangkasan ataupun mencuba nasib mereka yang terpilih bagi sesuatu siaran. Mereka ini biasanya akan memperolehi hadiah berupa barangan dan juga wang tunai. Rancangan berbentuk quiz show dan game show sudah wujud di media barat sejak 1. Doctor I. Q. Setiap soalan yang dijawap dengan betul memperoleh sehingga 6. Sehinggalah era quiz show di tv menjadikan satu perssembahan tv yang menguntung stesen tv. Quiz show sememang mendapat sambutan kerana ianya membabitkan imbuhan kewangan yang diperolehi oleh audiens yang mengambil bahagian. Mark Goodson adalah penerbit radio dan tv Amerika telah menerbitkan quiz show paling lama dalam sejarah persembahan tv iaitu What’s My Line? Apa yang terjadi stesen tv tempatan adalah peniruan dan penularan daripada barat kerana aliran ini lahir di sana. Namun, persoalannya adakah quiz show tersebut bertepatan dengan budaya penontonan di negara ini? Adakah setiap hari perlu adakan rancangan sebegini disogokan kepada audiens? Ataupun adakah rancangan ini untuk tujuan komersial semata- mata tetapi menidakkan keperluan audiens mendapatkan hiburan yang lebih baik dan selesa. Ketika makalah ini dihasilkan (sekitar tahun 2. Pemilik stesen terbabit perlu melakukan R & D sebelum menyiarkan setiap rancangan berbentuk sedemikian. Kelihatan juga rancangan berbentuk ini lebih condong menonjolkan bukan budaya bangsa Malaysia tetapi ala kebaratan. Cara peserta mengambil bahagian lebih mirip tidak bermoral dari segi pengucapan dan sikap mereka. Etika berpakaian dan siasah diri tidak diambilberat oleh stesen tv terbabit. Ada game show yang memperlihatkan kebodohan peserta boleh juga menimbulkan satu sifat yang negatif jika ditonton oleh masyarakat tempatan. Seolah- olah memperlihatkan kebodohan orang Malaysia sendiri begitu. Bukanlah bererti kita perlu mencontohi semua rancangan terbitan barat tetapi sekadar mempelajari yang baik. Satu game show barat yang popular tetapi dari segi moral tergelincir untuk dimanfaatkan kepada audiens seperti siri I Bet You Will – MTV (Astro) dan Fear Factor – AXN (Astro). Kedua- dua rancangan tersebut tidak serasi dengan budaya timur kerana banyak menampilkan aksi- aksi memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan manusia waras. Peniruan yang baik mendatangkan manfaat kepada masyarakat audiens boleh diterimapakai tetapi jika mendatangkan aspek kemunduran pemikiran dan gelak ketawa bodoh boleh menyimpang sifat keperibadian masyarakat penonton Adakah wajar siri seperti Senario Gelak Kaya boleh mencanai minda audiens dan memberi impak pendidikan? Kedapatan juga game show yang memberi impak cabaran dan keyakinan diri, hubungan kerjasama antara satu sama lain seperti Survivor –NTV7, Amazing Race – AXN (Astro), The Mole – TV2. Rancangan ini boleh memberi manfaat kepada audiens kerana melatih mereka supaya bersikap berani, cekal, tabah dalam menempuh setiap cabaran. Rancangan tersebut memberi peluang setiap peserta dalam kumpulan masing- masing bekerja dalam team untuk mencapai matlamat iaitu kemenangan. Ini boleh disamaertikan dalam kehidupan iaitu individu pasti berjaya jika bekerjasama dan toleransi dalam kumpulan. Ada juga game show Jepun yang menarik seperti Istana Takeshi – NTV7 dan Unchan & Nanchan Challenger – NTV7 adalah siri game show penuh cabaran yang menyeronokkan. Siri Unchan & Nanchan Challenger adalah melatih kanak- kanak membiasakan diri berdirikari. Dalam rancangan tersebut peserta terdiri daripada kanak- kanak diberi sekitar umur 3 tahun diberi senarai barang keperluan dapur berbekalkan duit untuk mereka beli. Siri ini sebagai contoh dan banyak aksi lain tetapi rancangan ini menerbitkan kelucuan luarbiasa. Audiens yang buat pertama kali menyaksikan siri ini sudah tentu tidak kering gusi ketawa. Aksi kanak- kanak yang tidak tahu apa- apa di suruh beli barang keperluan dapur tetapi terbeli yang lain daripada senarai ditangannya. Ini sebagai latihan kepada anak- anak kecil yang menjadi peserta dalam rancangan tersebut. Penampilan kanak- kanak dalam siri tv boleh mendatangkan kesan kasih- sayang dan kemesraan berkeluarga. Setidak- tidaknya siri seumpama itu menarik lebih ramai ibubapa menontonnya dan sudah tentu mendidik audiens menjadi manusia penyayang. Siri yang dipertontonkan oleh seisi keluarga berhadapan dengan tv boleh mengeratkan silaturahim kekeluargaan. Di situ terbit masyarakat penyayang daripada saluran tv. Rancangan sebegini ada kesan hiburan dan menerbitkan suasana keseronokkan dalam sebuah keluarga ketika menonton dengan gelak ketawa. Dan gelak ketawa bersama keluarga adalah harmoni kerukunan bekeluarga walaupun ketika itu sedang menonton tv. Rancangan sebegini dianggap menarik bukan kerana ianya terbitan luar negara tetapi mutu rancangannya amat luarbiasa. Stesen tv tersebut membawa permainan rakyat dalam persembahan game show mereka dan secara tidak langsung memperdagangkan budaya mereka ke mata dunia. Jika ini yang dilakukan oleh stesen tv luar negara, makanya elok para penerbit stesen tv tempatan melakukan sesuatu untuk memperkenalkan budaya timur ke mata dunia dalam siri- siri tv kita. Jika tidak kita cuma terdaya menonton siri ciplakan dan diadun menjadi siri kita tetapi nampak kejelikan dan kecetekan bakat kita. Persembahan realiti tv berbentuk quiz pula bukan semuanya baik malah membosankan tetapi rancangan tersebut tidak melalui R & D menyebabkan kurang bermutu. Persembahan realiti tv tempatan lebih menjurus peniruan secara total menyebabkan ianya ala kebaratan tidak mempunyai identiti Malaysia sebenar- benarnya. Di luar negara ada Hollywood Squares di dalam negara Celebrity Square - NTV7 dan di Malaysia Telebriti – TV1 yang seakan sama tidak menampakkan kecondongan ketimuran yang seolah- olah kita sentiasa melakukan peniruan untuk maju dan tidak ada identiti sendiri. Bidang penyiaran di negara ini berusia lebih setengah abad dan sudah tentu pengalaman luas ke arah itu. Penyiaran kerajaan mahupun swasta seharusnya menitikberatkan masyarakat majmuk iaitu masyarakat yang sama- sama mendokong negara ini menuju kemerdekaan. Makanya setiap rancangan semestilah membabitkan semua bangsa. Isu ini pernah ditekankan dalam oleh Timbalan Menteri Penerangan baru- baru lalu dalam sidang akhbar tempatan. Beliau mengatakan stesen tv swasta contohnya TV3 banyak menampilkan integrasi sosial dalam rancangan mereka. Ini sebagai satu contoh terbaik untuk memakmur dan menjulang masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang melalui penerbitan media elektronik. Rancangan bercorak game show dan quiz yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat audiens tidak perlu dipaparkan. Cuba elakkan perbodohkan audiens melalui rancangan negatifkan minda mereka atau menyogok lambakan sampah dalam pemikiran audiens remaja. Kita boleh contohi yang terbaik sahaja dari barat seperti rancangan yang boleh mencanai minda iaitu quiz di tv yang paling tinggi ratingnya Who Wants to be A Millionaire dikendalikan oleh Regis Philbin. Rancangan quiz tersebut bermutu tinggi dan bernilai komersial yang mana semua golongan audiens tidak melepaskan peluang menonton siri ini. Audiens negara ini secara total celik ilmu yang sentiasa dahagakan perkara baru setiap hari dan mereka bakal menjadi masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang. Makalah ini dihasilkan pada 2. Dis, 2. 00. 5 dan digunakan sebagai rujukan pengkuliahan dan tutorial sahaja.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2017
Categories |